Pada 9 Februari 2011 seramai 42 orang staf IKM Lumut telah membuat satu program lawatan 5S ke KD Pelandok TLDM Lumut. Program yang dirancang lebih sebulan akhirnya dapat dilaksana pada tarikh tersebut.
Setelah 20 minit tersekat di Gerbang Harimau kerana melalui pemeriksaan dari Provos TLDM akhirnya kami dibenarkan masuk dengan eskot daripada seorang staf KD Pelandok. Kami mula diberi taklimat sejurus tiba di Bilik Mesyuarat KD Pelandok. Kami mendapat banyak input dan maklumat semasa dalam lawatan tersebut. Komander Chandramohan telah memberi maklumat mengenai kaedah pengekalan budaya amalan 5S di KD Pelandok. Beberapa kaedah yang dilaksana di Pelandok adalah seperti:-
Kerja Audit Dalaman secara berkalaRutin biasa membuat pemeriksaan di bilik-bilik asrama / dorm.
Pihak IKM Lumut merakamkan ribuan terima kasih kepada KD Pelandok yang telah banyak memberi kerjasama dan maklumat dalam amalan 5S. Harapan kami agar kerjasama ini dapat dikekalkan pada masa yang akan datang.
"Efisien Produktif Kualiti5S Budaya Kita Amalan Kita"
No comments:
Post a Comment